Lunix Creative Logo
Menu

Teknik Buat Online Marketing “Step by Step”

15 September 2022

Siapa kata kena jadi viral kalau nak sales naik mencanak-canak setiap bulan? Itu mitos semata-mata!

Tak perlu viral pun, sales boleh naik setiap bulan kalau ikut teknik online marketing yang betul dan sesuai dengan produk anda. Apa yang penting? Konsisten!

Cerita panjang pun tak guna, kan? Jom kita mulakan!

Sales Tak Naik-Naik? Ini sebab Online Marketing Anda Gagal!

Memang lumrah dalam bisnes – ada masanya untung naik macam roket, ada masanya rugi beranak-pinak.

Tapi, kalau dah invest beribu-ribu setiap bulan untuk online marketing tapi untung pun hilang dari radar, ketahuilah yang teknik online marketing anda gagal!

  • Kempen Marketing Tak Cukup Jelas

Jangan mimpi nak dapat result berkepuk-kepuk kalau objektif dan strategi kempen pun tak jelas.

Anda nak orang beli produk anda, tapi anda tak highlight pun kenapa produk anda itu satu keperluan, bukan satu kehendak.

Kempen marketing anda hanya “memaksa” orang untuk beli apa yang anda jual. Akhirnya, mereka yang dipaksa akan terus berlalu pergi dan tak kembali sebab tak berminat langsung.

  • Market pada target audience yang besar; tidak spesifik

Kalau anda set target audience yang besar untuk kempen semata-mata nak capai lebih ramai orang, anda silap besar!

Anda sebenarnya dah buang beribu-ribu duit pada orang yang langsung tak perlukan produk anda.

Formula ini takkan berkesan kalau anda tak tahu siapa sebenarnya yang berminat dengan produk anda. Tak semua sukakan McDonald, betul tak?

  • Peruntukan bajet tidak tepat

Satu lagi fakta online marketing yang anda kena ingat sampai bila-bila – baca ini!

Bajet yang besar tak akan menjamin result yang besar; bajet yang jimat dan kecil juga tak akan bawa kempen anda kemana-mana.

Jangan sesuka hati letak bajet online marketing – ini pun memerlukan strategi dan teknik yang berkesan supaya bajet anda tak burst!

  • Hanya fokus pada Traffic, bukan Conversion

Hentikan fokus anda pada bilangan clicks dalam kempen – soalannya, berapa ramai yang dah buat sesuatu dengan brand anda?

Fokus pada Conversion untuk result kempen online marketing yang berkualiti, bukan hanya pada Traffic.

Anda kena ingat, clicks hanya menunjukkan yang mereka minat dan nak tahu apa yang anda ada. Tapi, behavior mereka selepas tahu apa yang kita jual itulah kayu ukur online marketing anda!

  • Abaikan SEO

Jangan fikir hanya nak buat kempen marketing di media sosial saja – Google pun kena tahu yang brand anda wujud dan penting dalam industri anda!

Anda kena ingat - kebanyakan orang tak akan cari keyword umum, tapi mereka akan selalunya cari nama produk atau servis secara spesifik – contohnya, produk di lokasi berdekatan atau servis yang murah.

Brand atau produk anda akan tenggelam di Google Search Result kalau anda masih abaikan teknik SEO!

Adakah Online Marketing Menjamin Sales Tinggi Setiap Bulan?

Sama seperti dunia bisnes hari ini, teknik dan strategi yang betul akan bantu untuk dapatkan sales yang tinggi.

Nak pasarkan produk anda di platform seperti website, Facebook, Instagram, Twitter, TikTok dan lain-lain pun ada caranya. Jom kita tengok!

4 Langkah Untuk Mula Online Marketing Yang Berkesan

Mula Buat Online Marketing
  1. Gunakan Instagram Business, Facebook Page, TikTok Business sebagai platform branding
  2. Facebook/ Instagram/ TikTok Live
  3. Gunakan Content Marketing Untuk Jual Secara “Soft Sell”
  4. Daftar Google My Business untuk SEO

Gunakan Instagram Business, Facebook Page, TikTok Business sebagai platform branding

Anda sekarang bukan lagi nak cari kawan di Facebook atau Instagram, anda nak cari followers dan peminat produk anda.

Bila anda setup Business Page di media sosial, anda memudahkan orang untuk tahu brand anda wujud dan produk yang anda jual dengan lebih cepat.

Bisnes anda juga akan nampak lebih dipercayai dan juga professional lagi-lagi kalau ada verification (logo biru tanda verified).  

Facebook/ Instagram/ TikTok Live

Antara teknik dapatkan engagement dan sales yang paling berkesan melalui media sosial tapi tak ramai yang buat adalah dengan Facebook, Instagram atau TikTok Live!

Jangan takut atau malas nak buat Live – inilah cara yang sangat mudah untuk anda tarik audiens anda menjadi potential customer pada waktu itu.

Tunjukkan pada audiens anda yang brand anda diyakini dan produk anda boleh bagi solution pada masalah mereka. Dengan itu, anda boleh build relationship anda dan audiens dengan lebih baik!

Gunakan Content Marketing Untuk Jual Secara “Soft Sell”

Ingat – hard sell takkan berkesan kalau anda buat online marketing. Kalau anda nak audiens beli produk dan setia dengan jenama anda untuk jangka masa yang panjang, soft sell adalah jawapannya!

Content marketing yang mantap akan bantu soft sell anda jadi lebih efektif, lagi-lagi bila anda buat content yang relatable dengan trend dan gaya hidup audiens anda.

Bila audiens anda boleh relate dengan mesej yang anda cuba sampaikan, percayalah - mereka akan tertarik untuk tahu tentang jenama dan produk yang anda jual dengan lebih lanjut.

Daftar Google My Business untuk SEO

Tak kisahlah bisnes anda berskala kecil, medium atau besar sekalipun, daftarlah Google My Business supaya pengguna dapat temui brand atau produk anda apabila mencari produk yang sama seperti anda – ia percuma!

Brand atau produk anda akan mudah dijumpai dengan Google My Business – anda boleh kemaskini info lokasi, nombor telefon dan maklumat lain tentang brand anda dengan baik.

Teknik ini juga dapat membantu anda untuk tingkatkan ranking SEO anda di Google secara organik.

linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram